Kelas Asas Microsoft Word
18 Disember 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 17 Disember 2016, bertempat di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kubu Gajah telah berlangsung kelas asas untuk perisian Microsoft Word. Kelas ini dihadiri oleh 7 orang peserta yang berusia 7 hingga 12 tahun, juga merupakan ahli berdaftar Pusat Internet 1 Malaysia.
Antara pengisian kelas ini ialah cara untuk menaip,menukar saiz dan jenis tulisan, membuat jadual, membuat bentuk dan simbol serta mengubahsuai gambar. Selepas tamat sesi pembelajaran, peserta diminta untuk mengaplikasikan apa yang sudah dipelajari untuk memastikan mereka faham dengan fungsi-fungsi yang boleh digunakan menggunakan perisian Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: